Ini Jadi Pada Komoditi Emas & Minyak Mentah Di Penghujung April

2,589

Rumusan untuk dagangan komoditi emas pada minggu ini, harga emas telah susut ke paras terendah 2 bulan pada Khamis semalam walaupun terdapat peningkatan semula harga bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat).

Penurunan harga emas semalam telah mencecah paras sekitar $1,872, paras paling rendah untuk tempoh dagangan 10 minggu.

Faktor yang mendorong tekanan buat harga emas tak lain tak bukan adalah pengukuhan US dolar. Bukan emas sahaja, komoditi lain termasuk kebanyakan mata wang utama dalam pasaran juga turut mengalami susut nilai disebabkan US dolar.

Pasaran terus menyerap jangkaan untuk kenaikan kadar faedah agresif oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Pengukuhan ketara oleh US dolar ini telah mengurangkan tarikan para pelabur terhadap aset emas dalam pasaran.

Indeks dolar juga telah mengatasi paras ketinggia pada 2017 lalu dan mencatatkan paras tertinggi 20 tahun, iaitu sejak penghujung 2002.

Sementara harga minyak mentah pula kembali meningkat susulan tempias isu laporan Jerman tidak lagi menentang sekatan minyak Rusia, yang dilihat akan mendorong pengurangan bekalan dalam suasana pasaran minyak yang sudahpun berisiko.

Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck menyatakan untuk mencari penyelesaian lain untuk menggantikan bekalan minyak Rusia tersebut.

Jerman sebelum ini sememangnya sangat bergantung terhadap bekalan minyak mentah dari Rusia dan disebabkan itulah tercetus tentangan terhadap sekatan minyak Rusia.

Rusia dilihat tidak gentar walaupun penganalisis menganggarkan pengeluaran minyak Rusia akan jatuh sebanyak 17% untuk tahun 2022.

Sebarang perkembangan dari pihak negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) juga akan dipantau yang turut memberi impak terhadap pergerakan pasaran minyak mentah semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat