Ini Jangkaan BNM Untuk Ekonomi Malaysia Tahun 2023!

1,040

Bank Negara Malaysia (BNM) meramalkan ekonomi negara akan berkembang sederhana pada 4%-5% pada tahun 2023.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari terbaru, unjuran itu dibuat berdasarkan jangkaan pertumbuhan global yang perlahan berpotensi menjejaskan eksport.

Selain itu, kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup dan kos input pula dijangka memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah dan perniagaan.

Walau bagaimanapun, risiko pada unjuran pertumbuhan Malaysia adalah agak seimbang, kata BNM.

Bank pusat itu melihat bahawa risiko kemerosotan akan dipengaruhi faktor luaran seperti kelemahan ekonomi global disebabkan dasar monetari yang ketat.

Sementara itu, peningkatan ketegangan yang berterusan dalam geopolitik juga dilihat boleh mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia.

Di dalam negeri pula, BNM berkata inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan akan menurunkan kuasa beli isi rumah, manakala lonjakan mendadak kos input boleh jejaskan keuntungan firma.

Namun, pengukuhan pasaran buruh, peningkatan dalam aktiviti pelancongan serta pelaksanaan projek mungkin meningkatkan prospek pertumbuhan domestik.

Tambahnya lagi, permintaan dalam negeri kekal sebagai tonggak kepada pertumbuhan domestik, terutamanya perbelanjaan sektor swasta akan terus mendukung ekonomi Malaysia berkembang pada 2023.

Bank pusat itu mengunjurkan inflasi utama dan teras Malaysia akan kekal tinggi antara 2.8% dan 3.8% pada tahun ini.

Meskipun begitu, BNM melihat prospek inflasi pada 2023 adalah sangat tidak menentu, dengan risiko cenderung ke arah atas.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat