Ini Jangkaan Mnuchin Apa Yang Bakal Terjadi Jika Rundingan Perdagangan AS-China Gagal!

285

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menjangkakan pengenaan tarif tambahan pada pertengahan bulan Disember akan mula dikuatkuasakan jika tiada perjanjian yang dimenterai oleh kedua-dua belah pihak.

Kata Mnuchin, “Saya jangkakan tarif tersebut akan dikuatkuasakan jika tiada perjanjian yang disepakati, namun saya optimis bahawa AS dan China akan mecapai persetujuan dalam perjanjian.”

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin menyatakan perjanjian tersebut masih belum lengkap sepenuhnya memandangkan banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuk perjanjian berhubung matawang dan akses untuk syarikat kewangan Amerika.

Tambah Mnuchin, Amerika Syarikat menjangkakan China akan membeli produk pertanian AS yang berjumlah $40-$50 billion dan mengecualikan beberapa pengenaan tarif ke atas barangan import Amerika Syarikat.

Berdasarkan jadual awal, tarif sebanyak 15% akan dikenakan ke atas barangan baru China termasuk produk pengguna yang akan mula dilaksanakan 15 Disember ini. Tarif yang dijadualkan pada minggu ini akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat