Ini Jangkaan Penganalisis Mengenai TNB

470

Maybank Investment Bank (Maybank IB) yakin Tenaga Nasional Bhd (TNB) terlindung daripada risiko permintaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berbanding PKP 1.0 tahun lalu.

Menerusi nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu menjelaskan penjanaan Semenanjung Malaysia berkurangan 8.5% pada tempoh PKP yang dilaksanakan mulai 1 Jun berbanding penurunan 24% sewaktu PKP pada tahun lalu.

Bernama melaporkan, secara keseluruhan, dianggarkan PKP akan menjejaskan permintaan bagi tahun kewangan 2021 (FY21) sebanyak 0.7% pada setiap bulan.

Tambah Maybank IB, memandangkan PKP 3.0 telah berlangsung selama sebulan, permintaan dalam Semenanjung Malaysia masih berada di landasan untuk meningkat pada tahun ini.

“TNB sebahagian besarnya terlindung daripada ketidaktentuan permintaan, dengan hanya segmen ‘Perkhidmatan Pelanggan’ sahaja terdedah kepada risiko permintaan.

“Baki RM13.8 bilion daripada perolehan terkawal tahunan ditambah baik dengan kekurangan yang boleh dituntut daripada Dana Industri. Sementara itu, isu berkaitan PKP sebelum ini seperti hutang lapuk yang tinggi dan kerugian yang dicatatkan Sabah Electricity tidak begitu teruk kali ini pada pandangan kami,” menurut bank pelaburan tersebut.

Maybank IB menekankan unjurannya terhadap pendapatan dan harga sasaran RM12 bagi TNB kekal tidak berubah.

“Kami terus menjangkakan kenaikan pendapatan pada tahun ini (lanjutan tahun bagi Tempoh Kawal Selia (RP) 2) didorong terma pengawalseliaan yang lebih baik.

“Kami turut menjangkakan TNB tidak berada pada kedudukan kurang memberangsangkan pada RP3 (2022-2024). Kami memilih TNB atas faktor kestabilan pendapatan relatifnya,” tambahnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat