Ini Jangkaan Penganalisis Terhadap Penetapan Kadar Faedah Seterusnya Oleh Bank Pusat Kanada!

265

Bank of Canada (BOC) dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya sehingga penghujung tahun depan, berbeza daripada jangkaan terdahulu bahawa BOC akan mengurangkan kadar pada awal tahun depan.

Jangkaan tersebut merupakan daripada tinjauan yang dijalankan terhadap penganalisis ekonomi oleh Reuters yang mana majoritinya menjangkakan BOC akan kekalkan kadar faedahnya.

Perubahan jangkaan tersebut pada awalnya dipacu oleh kenyataan daripada Gabenor BOC, Stephen Poloz mengenai monetari Kanada adalah bertepatan dengan keadaan semasa yang telah menerima tekanan oleh ketegangan perdagangan global.

Kenyataan tersebut menunjukkan BOC tidak berada dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk mengubah dasar monetarinya, memandangkan ekonomi Kanada dianggap masih baik untuk bank pusat terus mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi pada bulan depan.

Sementara itu, Timbalan Gabenor, Carolyn Wilkins juga menyatakan sistem kewangan Kanada adalah berdaya tahan dan BOC berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Majoriti penganalisis yang terlibat dalam tinjauan ini menidakkan soalan apabila ditanya mengenai sama ada ekonomi Kanada memerlukan pemotongan kadar faedah sebelum akhir tahun depan.

Bank pusat Kanada kekal bertahan pada tahun ini disokong oleh ekonomi tempatannya yang kukuh, berbeza daripada Federal Reserve AS dan Bank Pusat Eropah (ECB) yang telah memotong kadar faedah mereka untuk menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing.

Pada bulan lalu, BOC telah mengekalkan kadar faedahnya pada paras 1.75%, menepati jangkaan pasaran. Bagaimanapun, seiring dengan penetapan tersebut, BOC juga turut meninggalkan kemungkinan untuk pemotongan pada mesyuarat akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat