Ini Jangkaan Pergerakan EUR/USD Selepas Mesyuarat FOMC!

1,107

Sesi Asia pada pagi Rabu menyaksikan pergerakan menarik US dolar yang mempamerkan sedikit penurunan selepas berlegar lemah pada sekitar paras tertinggi 1 bulan di awal minggu.

Tumpuan pelabur terhadap isu krisis kewangan Evergrande di China kini mula beralih kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Pelabur nantikan keputusan oleh Federal Reserve (Fed) sama ada bakal melaksanakan pengetatan polisi melalui pengurangan pembelian aset (tapering) atau mengekalkan polisi yang longgar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan mendatar harga sehingga hari ini telah dijangkakan penganalisis berikutan pelabur berwaspada menjelang mesyuarat FOMC dengan jangkaan pergerakan drastik harga bakal berlaku.

US dolar yang kehilangan momentum pengukuhannya gagal diambil kesempatan oleh Euro sementara pelabur juga menantikan data-data ekonomi penting sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah yang akan diterbitkan pada Khamis.

Harga pada carta EUR/USD masih disokong oleh zon support 1.17000 selepas penurunan harga di awal minggu sebelum pergerakan harga terus mendatar.

Ke mana arah yang akan dituju harga selepas mesyuarat FOMC?

Sekiranya keputusan mesyuarat bersertakan kenyataan hawkish Fed untuk mengetatkan polisi, harga dijangka akan menjunam di bawah zon support 1.17000 dengan tekanan oleh pengukuhan US dolar.

Penurunan harga bakal menuju ke zon support 1.16000 ataupun boleh turun lebih rendah lagi jika momentum harga lebih kukuh.

Namun jika kenyataan bernada dovish Fed mengundang kemerosotan nilai US dolar, harga bakal mencanak semula menuju paras 1.18000 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Malah harga boleh terbang lebih tinggi sekiranya pelabur terus melepaskan pegangan US dolar secara besar-besaran.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat