Ini Jangkaan Pergerakan GBP/USD Di Awal Minggu

785

Matawang Pound Sterling terus bergerak di bawah tekanan dengan jangkaan peningkatan arahan sekatan pergerakan yang semakin meningkat di United Kingdom (UK).

Perdana Menteri UK Boris Johnson sedang mempertimbangkan langkah untuk sekatan lebih ketat ekoran mereka sedang melihat gelombang terbaru semakin menghampiri.

Dengan krisis pandemik yang masih memberi kesan buruk, Menteri Kewangan UK Rishi Sunak bakal melanjutkan program pinjaman sokongan perniagaan untuk terus menyokong aktiviti ekonomi.

Selain itu juga, perjanjian Brexit kekal menjadi salah satu faktor yang membimbangkan pelabur.

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD bergerak mendatar dalam julat 1.30000-1.29000 pada minggu lalu dengan kedua-dua matawang yang berisiko.

Matawang US dolar yang turut bergerak lemah dalam pasaran masih menyekat harga untuk turun lebih rendah.

Namun berkemungkinan harga tidak mampu bertahan lebih lama dan dengan jangkaan Pound akan kekal lemah, harga boleh turun lebih rendah melepasi zon RBS (resistance become support) di bawah 1.29000.

Penurunan seterusnya bakal menuju zon support pada 1.27600 yang dicecah harga pada dagangan 2 minggu ayng lalu sebelum harga membuat kenaikan semula.

Namun jika pada minggu ini US dolar mengalami penjualan yang lebih ketara, harga berkemungkinan akan berjaya membuat kenaikan melepasi paras rintangan 1.30000 yang juga dilihat berada pada zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula ke zon SBR seterusnya di sekitar bawah paras 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat