Ini Jangkaan Pergerakan GBP/USD Selepas Laporan NFP

638

Selepas mencapai paras tertinggi terbaru 8 minggu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kembali dilihat bergerak mendatar ekoran pelabur berhati-hati menantikan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Penganalisis masih melihat kedua-dua mata wang Pound dan US dolar mempunyai peluang untuk mengukuh dari masa ke masa ekoran kedua-dua bank pusat dalam fasa pengetatan polisi.

Namun, tumpuan akan lebih terarah dahulu kepada laporan NFP yang akan memberi impak terhadap pergerakan US dolar.

Selepas ketinggian dicapai pada Rabu lalu sehingga sekitar 1.36000, harga susut semula pada dagangan Khamis semalam dengan menjadikan paras 1.35000 sebagai paras sokongan harga.

Sedikit meningkat semula pada sesi New York, pergerakan harga perlahan dan terbatas di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga ke penghujung sesi.

Bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga sedikit melepasi halangan MA50, namun belum cukup untuk memberi isyarat lebih jelas bagi pergerakan harga.

Laporan NFP AS pada malam ini akan menggerakkan harga dengan jangkaan kenaikan sekali lagi menguji zon resistance 1.36000.

Paras ketinggian terbaru bakal dicapai lagi pada carta GBP/USD sekiranya laporan NFP mengecewakan dan dan mendorong penyusutan US dolar.

Namun, jika bacaan data menepati jangkaan untuk US dolar mengukuh, harga bakal menjunam dan memberi isyarat permulaan bagi trend bearish.

Penurunan harga sekiranya berjaya melepasi paras 1.35000, paras tumpuan adalah pada 1.34000 dan juga zon SBR (support become resistance) bagi penurunan yang diteruskan lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat