Ini Jangkaan Untuk BTC, ETH & XRP Pada 2021

3,831

Minggu lepas Team Intraday telah menyenaraikan 5 matawang kripto terbaik sepanjang 2020, ini pula gambaran jangkaan pergerakan aset kripto utama sepanjang 2021.

BITCOIN (BTC)

Didorong oleh minat pelabur korporat dan institusi terhadap BTC yang terkenal sebagai pelindung inflasi hingga menjadi sasaran firma teknologi besar seperti PayPal dan Square, kebanyakan pemerhati menjangkakan pergerakan positif matawang kripto itu.

Ketua Pegawai Strategi Blocksteam, Samson Mow, penganalisis Quantum Economics, Lou dan pengasas bersama Nexo, Antoni Trenchev rata-rata menyasarkan nilai BTC pada $100,000-$500,000 menjelang akhir 2021, menguasai 17% permodalan pasaran emas.

Ketua Kewangan Greenidge Generation, Tim Rainey lebih berhati-hati menyuarakan pendapatnya, menyasarkan maksimum ketinggian aset tersebut boleh dicapai melebihi 65% dari rekod semasa kepada julat $25,000-$30,000.

ETHEREUM (ETH)

Aset Ethereum agak sukar dijangka menyebabkan jangkaan aset ini tidak menjadi perhatian pelabur. Kerner menjelaskan, lonjakan harga Bitcoin pada 2021 tidak mustahil dapat ‘menolak’ harga ETH untuk ke paras lebih tinggi sekitar $3,000.

Penganalisis dan juga youtuber kripto terkenal, Ivan Liljeqvist mengjangkakan nilai yang lebih tinggi pada $6,000 menjelang Disember 2021.

RIPPLE (XRP)

Trenchev bersikap pesimis dengan jangkaan harga XRP ekoran daripada tekanan undang-undang yang berkurangan dan potensi Flare Networks Airdrop sebagai tunjang utama ekosistem DeFi bermula 2021.

“..melainkan Ripple bertindak untuk merombak model perniagaan, tokenomics dan isu penggunaan XRP sepenuhnya.” katanya.

Pengasas perundingan perlombongan kripto, BlocksBridge, Nishant Sharma menyatakan 2021 mungkin tahun yang agak sukar bagi XRP.

“Pergerakan harga XRP bergantung kepada status sahnya yang mana masih lagi belum diselesaikan. Facebook Libra yang dijenamakan sebagai Diem dilihat akan menjadi pesaing utama XRP dalam sistem transaksi rentas sempadan jika berjaya menyakinkan pihak pengawal selia.” katanya.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $19,197, ETH sedikit susut dengan didagangkan pada $586 dan XRP mencatat rekod pada $0.51.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat