Ini Jawapan Elon Musk Kenapa Beliau Terus Jual Sahamnya!

1,804

Steady je terus-menerus jual saham.

Pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk, menyatakan beliau menjual ‘saham secukupnya’ dalam menunaikan janji menjual 10% saham yang dipegang.

Pada Selasa, Musk telah menjual lagi 583,611 saham dan setakat ini jumlah saham yang telah dijual oleh beliau sebanyak 13.5 juta yang bersamaan dengan 80% daripada apa yang dirancangkan.

Musk menyatakan daripada 13.5 juta saham yang dijual itu, 8.06 juta daripadanya dijual bagi membayar cukai berkaitan pelaksanaan opsyennya dan beliau turut menyatakan akan membayar lebih US$11 juta cukai tahun ini.

Terdahulu, Elon Musk telah berjanji untuk menjual 10% sahamnya selepas pengguna Twitter bersetuju dalam undian yang telah dibuat.

Dalam pada itu, Tesla telah memindahkan pejabat syarikat dari California ke Texas bulan ini dan telah menyelar California kerana negeri tersebut ‘terlalu banyak cukai’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat