Ini Jumlah Tuntutan Pengangguran AS Pada Minggu Lepas Ditengah Penularan Wabak COVID-19!

2,615

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas mencatat peningkatan. Data yang dikeluarkan ini merupakan petunjuk pertama kesan wabak koronavirus atau COVID-19 terhap sektor pekerjaan.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran awal pada minggu lepas naik daripada jumlah tuntutan 211,000 jumlah tuntutan. Jumlah itu mencerminkan kenaikan ketara dan ia adalah bilangan tertinggi sejak September 2, 2017.

Purata angka peningkatan dalam tempoh minggu mencatat peningkatan kepada 232,250, naik sebanyak 16,500 dari seminggu yang lalu dan ia merupakan tahap tertinggi sejak 27 Jan, 2018.

Syarikat-syarikat juga telah mula mengumumkan langkah-langkah bagi mengatasi impak wabak koronavirus dengan harapan impak terhadap ekonomi adalah kurang daripada sepatutnya. Ian Shepherdson dari Pantheon Macroeconomics berpendapat bahawa jumlah angka minggu hadapan boleh mencecah 2 juta.

Tuntutan faedah/insurans pengangguran adalah indikasi pasaran buruh yang penting dan perlu dipantau dengan teliti unuk mengetahui impak wabak koronavirus terhadap ekonomi. Berdasarkan trend empat minggu berturut-turut, pasaran buruh AS menunjukkan peningkatan lebih dari minggu ke minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat