Ini Kedudukan Terkini Matawang, Sementara Pasaran Menantikan Perkembangan Rundingan AS-China

0 453

Matawang dolar USD meningkat berbanding yen dan Swiss Franc pada dagangan sesi Eropah, tetapi lemah berbanding matawang utama lain dengan indeks dolar menyusut sebanyak 0.07% kepada 97.91 walaupun terdapat perkembangan positif dalam rundingan AS dan China.

Naib Perdana Menteri China, Liu He dilaporkan telah berbincang dengan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer mengenai perjanjian perdagangan fasa pertama melalui satu panggilan telefon pada Sabtu lalu, menurut Kementerian Perdagangan China.

Panggilan telefon yang dilaporkan merupakan permintaan oleh Mnuchin dan Lighthizer itu, disifatkan sebagai perbincangan yang positif mengenai kebimbangan utama masing-masing dan bersetuju untuk terus berhubung.

Selain itu, matawang pound meneruskan pengukuhannya pada sesi Eropah didorong oleh jangkaan bahawa Parti Konservatif boleh memenangi majoriti pada pilihan raya UK berikutan PM UK Boris Johnson mengatakan semua calon partinya telah berjanji untuk menyokong perjanjian Brexit yang sebelum ini gagal mendapat persetujuan Parlimen UK.

Pengukuhan pound juga turut didorong oleh tinjauan yang dikeluarkan pada hujung minggu menunjukkan parti pimpinan PM Johnson masih mengekalkan kedudukannya untuk mendahului pembangkang utama, Parti Buruh.

Sementara itu, euro terus memperoleh manfaat daripada kelemahan dolar USD untuk diniagakan meningkat berbanding USD dan yen berikutan jangkaan bahawa AS dan China akan memeterai perjanjian untuk menamatkan pertikaian yang telah memberi kesan kepada pertumbuhan global.

Ekonomi Eropah yang berasaskan eksport telah mengalami penderitaan kesan daripada perbalahan antara dua negara ekonomi gergasi itu, dengan perang tarif telah menjejaskan sektor pembuatan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, peningkatan euro tidak dapat menghalang matawang pound untuk terus diniagakan tinggi berbanding euro. Dagangan euro jatuh ke paras terendah dalam enam bulan berbanding pound kepada 0.85343.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.