Ini Kedudukan Terkini Matawang Utama Yang Didorong Sentimen Rundingan Dagang AS-China

347

Berita-berita positif mengenai perdagangan AS dan China membantu meningkatkan sentimen risiko pada dagangan hari ini di sesi Asia, untuk mengangkat dolar AS ke paras tertinggi dalam tempoh satu minggu berbanding yen.

Dalam perkembangan terbaru, Global Times China memberitahu bahawa kedua-dua negara ekonomi gergasi itu ‘sangat hampir’ untuk memeterai perjanjian fasa pertama, sekali gus terus menyingkirkan laporan-laporan negatif mengenai perjanjian tersebut.

Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama mengukuh pada 98.33, manakala dolar USD diniagakan di atas paras 109.00 berbanding safe-haven yen.

Selanjutnya, matawang euro terus lemah untuk diniagakan rendah berbanding USD walaupun dengan laporan IFO Jerman yang menunjukkan keyakinan perniagaan bertambah baik daripada yang dijangkakan.

Sementara itu, pasaran masih menantikan keputusan Presiden AS Donald Trump sama ada akan mengenakan tarif kepada Kesatuan Eropah (EU) atau menangguhkannya untuk enam bulan lagi.

Pergerakan pound kembali terbatas berbanding beberapa matawang utama pada sesi Asia berikutan keputusan tinjauan pilihan raya menunjukkan Parti Buruh semakin merapatkan jurang dengan Parti Konservatif.

Matawang pound meraih pengukuhan semalaman selepas manifesto PM UK Boris Johnson menambah keyakinan untuk Brexit berlaku selain turut disokong oleh data ekonomi terbaru yang menunjukkan bahawa jualan di UK mengalami kenaikan lebih tinggi daripada jangkaan jualan pada bulan November.

Selain itu di Asia, dolar Aussie diniagakan mendatar berbanding dolar USD susulan ucapan Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Debelle yang sedikit dovish, dengan menyentuh mengenai pertumbuhan upah yang dilihat kukuh untuk beberapa tahun akan datang.

Seterusnya, Gabenor RBA Philip Lowe akan menyampaikan ucapannya mengenai dasar monetari tidak konvensional pada petang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat