Ini Kenyataan Biden Susulan Sidang Kemuncak NATO

893

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah berucap pada sidang akhbar di ibu pejabat NATO di Brussels pada Khamis selepas bertemu dengan pemimpin dunia NATO yang lain, Majlis Eropah dan G7.

Antara isu-isu yang disentuh oleh Biden adalah mengenai perpaduan NATO, prospek terhadap penggunaan senjata kimia oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan kemungkinan penglibatan China dalam konflik itu.

Memetik kepada laporan CNN, berikut merupakan beberapa jawapan daripada Presiden Biden bagi menjawab soalan yang diutarakan oleh wartawan:

NATO: Biden memberitahu bahawa ini merupakan pertama kali mereka bersatu dan apa yang Putin dapat adalah betul-betul bertentangan dengan beliau mahukan sebagai akibat kerana menyerang Ukraine.

Senjata Kimia: Biden berkata bahawa mereka akan bertindak balas jika Rusia menggunakan senjata kimia dalam pencerobohan Ukraine.

China: Beliau telah mengadakan perbualan dengan Presiden Xi Jinping minggu lalu mengenai topik itu. Biden mengatakan bahawa beliau tidak mengancam pemimpin itu, tetapi menjelaskan dengan jelas Xi Jinping tahu akan akibatnya jika membantu Rusia.

Kekurangan Makanan: Biden mengakui kemungkinan bahawa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine boleh mencetuskan kekurangan makanan global. Beliau berkata bahawa isu itu telah dibincangkan oleh pemimpin dunia, dan menyatakan kekurangan makanan akan terjadi.

Pelarian: Presiden itu meluahkan harapannya untuk melawat pelarian Ukraine semasa berada di Eropah.

Sekatan: Biden mengatakan bahawa sekatan tidak pernah menghalang. Bagaimanapun, usaha meningkatkan tekanan terhadap Putin boleh menyebabkan beliau menghentikan tindakannya.

G20: Beliau percaya Rusia perlu disingkirkan daripada G20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat