Ini Kenyataan China Mengenai Pembatalan Tarif Yang Beri Kesan Kepada Pergerakan USD

410

Sentimen pasaran kelihatan agak berhati-hati pada sesi Asia memandangkan pasaran mengambil kira perkembangan berkaitan dengan perdagangan terkini, dengan laporan yang menimbulkan keraguan dilihat akan memberi kesan kepada perjanjian perdagangan fasa pertama.

Dolar Amerika yang pada mulanya meraih pengukuhan dipengaruhi oleh peningkatan dalam indeks ISM lebih baik daripada diunjurkan oleh pasaran, kembali menunjukkan pergerakan menurun berbanding beberapa matawang utama pada awal sesi Asia.

Hal ini berikutan disebabkan oleh kenyataan bekas Naib Menteri Perdagangan China, Wei Jianguo yang menyatakan Beijing tidak akan bersetuju untuk perjanjian perdagangan jika AS tidak membatalkan beberapa tarif yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, dolar USD menokok berbanding matawang safe-haven yen disebabkan sektor perkhidmatan Jepun mengalami penguncupan buat kali pertama sejak 2016 dengan penurunan pada 49.7 daripada 52.8 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Indeks dolar berbanding enam matawang utama lain menyusut sebanyak 0.01% kepada 97.91.

Aktiviti perkhidmatan AS mengatasi ramalan dengan PMI bukan pembuatan ISM meningkat kepada 54.7 bagi bulan Oktober daripada paras terendah dalam tiga tahun yang dicapai pada bulan lalu sebanyak 52.6 dan unjuran pasaran pada 53.5. Aktiviti perniagaan, pekerjaan dan pesanan baru masing-masing mencatatkan perkembangan pada kadar yang lebih cepat.

Sementara itu perkembangan di Eropah, ketua perunding Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier menjangkakan rundingan dengan UK dalam hubungan perdagangan pada masa akan datang akan menjadi rumit dan turut memberi amaran kepada UK bahawa EU tidak akan menerima rundingan yang tidak adil.

Berikutan daripada itu, matawang pound diniagakan mendatar berbanding USD dengan pelabur terus menantikan perkembangan mengenai pilihan raya yang akan diadakan pada 12 Disember ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat