Ini Kenyataan Philip Lowe Yang Memberi Kesan Kepada Pergerakan Dolar Australia

294

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe dalam ucapannya hari ini mengulangi bahawa RBA bersedia untuk melonggarkan polisi jika diperlukan, tetapi menolak terhadap kemungkinan terhadap kadar faedah yang negatif dalam ekonomi negara itu.

RBA telah mengurangkan kadar faedah tiga kali sejak lima bulan lalu, dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pekerjaan.

Pada paras terendah 0.75%, Lowe mengatakan ia telah membantu mengekalkan matawang tempatan memandangkan bank pusat utama lain juga melonggarkan polisi monetari mereka sebagai tindak balas terhadap peningkatan risiko antarabangsa iaitu perang perdagangan AS dan China serta Brexit.

Selain itu, Lowe turut menyatakan keyakinan beliau bahawa dengan pengurangan kadar faedah yang telah dilakukan, ia dapat membantu ekonomi melihat titik perubahan yang lemah dalam pertumbuhan ekonomi.

Dengan kadar faedah yang rendah, ia telah menyokong pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan secara keseluruhan. Bagaimanapun, beliau juga mengakui bahawa polisi monetari tidak lagi berfungsi seperti dahulu.

Beliau turut menambah bahawa terdapat kemungkinan untuk melanjutkan tempoh jangka panjang bagi kadar faedah yang rendah untuk mencapai pekerjaan penuh dan sasaran inflasi.

Sementara itu, RBA akan memfokuskan kepada meningkatkan persekitaran pelaburan di Australia supaya para pelabur bersedia untuk menggunakan kos pembiayaan yang rendah untuk membina aset produktif yang baru.

Susulan daripada itu, dolar Aussie mempamerkan pergerakan menurun berbanding USD selepas mencecah paras tertinggi sejak Rabu lalu yang disokong oleh perkembangan rundingan perdagangan yang positif. Bagaimanapun, dolar Aussie masih diniagakan kukuh berbanding kumpulan matawang utama lain.

Laporan indeks harga pengguna (CPI) Australia bagi suku ketiga pada hari esok akan menjadi tumpuan pelabur yang seterusnya selepas ucapan Philip Lowe hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat