Ini Kenyataan Powell Yang Perlu Dihadam ‘Trader’ Menjelang Testimoni Beliau!

768

Pengerusi the Fed, Jerome Powell pada hari ini tampil memberi ulasan mengenai perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (A.S). Menurut beliau, pasaran pekerjaan A.S masih lagi jauh daripada apa yang diharapkan oleh the Fed sebelum mengurangkan rangsangan terhadap ekonomi. Disisi lain, pertumbuhan kadar inflasi dijangka akan mula perlahan untuk bulan-bulan akan datang.

Kata Powell, ‘inflasi telah catat peningkatan yang ketara dan mungkin akan tetap catat bacaan tinggi dengan kadar lebih perlahan namun ia akan mula mendatar selepas itu’. Dengan ini, Powell sekali lagi membuat penekanan mengenai prinsip the Fed terhadap kenaikan harga semasa walaupun terdapat kebimbangan terhadap perkara tersebut. Namun menurut mereka hal ini kerana terkait dengan pembukaan semula ekonomi, justeru kenaikan ini adalah sementara.

Tambah Powell, dalam masa yang sama, data pekerjaan masih belum cukup memuaskan dengan perlu menampung pekerjaan sebanyak 7.5 juta pekerjaan yang telah hilang akibat penularan pandemik. Selain itu, para pekerja turut berhadapan gaji yang rendah dan masih bergelut dengan tekanan.

Jika dapat disimpulkan, Powell berpendapat bahawa pemulihan yang pesat ini akan membolehkan berjuta-juta orang kembali bekerja, inflasi akan tetap berlanjutan dari semasa ke semasa dengan berada pada sekitar kadar sasaran 2% dan dalam masa tidak alasan untuk mengetatkan dasar kewangan dalam masa terdekat.

Pembelian bon Fed yang berterusan dan kadar faedah yang disasarkan hampir pada tahap sifar “akan memastikan bahawa dasar monetari akan terus memberikan sokongan yang kuat kepada ekonomi sehingga pemulihan selesai,” kata Powell.

Powell dijangka memberi ucapan pada jam 12 pagi malam ini. Pada pertemuan polisi the Fed yang lepas, terdapat beberapa penggubal polisi berpendapat bahawa the Fed mungkin mengetatkan dasar polisi dalam masa terdekat.

Setakat ini belum ada ulasan dari Powell mengenai risiko kemunculan varian Delta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat