Ini Kenyataan Steven Mnuchin Berhubung Perkembangan Perjanjian Fasa Pertama

293

Perunding-perunding perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China sedang berusaha untuk menyiapkan teks perjanjian perdagangan Fasa Pertama untuk ditandatangani oleh presiden mereka pada bulan depan, menurut Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin.

Setakat ini masih tiada jemputan daripada pihak Beijing berhubung satu lagi mesyuarat peringkat tinggi dengan Timbalan Presiden China Liu He berhubung perjanjian yang dicapai minggu lalu namun beliau bersedia untuk ke Beijing jika diperlukan.

Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer akan bercakap menerusi panggilan telefon dengan Liu He pada minggu depan dan mereka dijangka akan bertemu di Chile menjelang pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di sidang kemuncak APEC pada 16 hingga 17 November ini.

Pentadbiran Trump dikatakan masih tidak membuat pertimbangan atau keputusan terhadap rancangan pelaksanaan tarif sebanyak 10% ke atas barangan China yang bernilai $156 bilion yang akan dikenakan pada 15 Disember ini.

Beliau turut menafikan kenyataan bahawa China tidak bersetuju dengan AS berhubung butiran yang terdapat dalam perjanjian yang digariskan oleh Trump pada Jumaat lalu.

Teks fasa pertama yang dicadangkan akan merangkumi satu bab yang cukup luas dalam melindungi hak harta intelek AS di China dan termasuk isu pertanian serta penstrukturan matawang.

Sementara itu, beberapa isu mengenai pemindahan teknologi yang bertujuan untuk menghadkan pemindahan teknologi Amerika ke syarikat China akan dibincangkan dalam fasa kedua.

Mnuchin juga berkata bahawa mereka telah mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Pusat China (PBOC) Yi Gang, berhubung isu matawang dengan turut menyatakan perbincangan itu telah meredakan beberapa kebimbangan Perbendaharaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat