Ini Kenyataan Terbaru Oleh Menteri Perdagangan China Behubung Isu Perang Dagang

856

Ancaman kenaikan tarif oleh Presiden Donald Trump terhadap barangan import China terus meningkatkan risiko pada sentimen pasaran semasa. Tidak cukup dengan itu, perkembangan pada rundingan dagang yang sedang berlangsung akan turut tergugat.

Trump mengancam untuk meningkatkan tarif 10% kepada 25% terhadap barangan China yang bernilai $200 bilion dolar. Beliau turut mendakwa bahawa China telah melanggar syarat perjanjian dalam rundingan dagang.

Terbaru, Menteri Perdagangan China telah mengeluarkan kenyataan hari ini yang menyatakan bahawa China bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan kepentingan mereka dan mereka sememangnya mempunya keupayaan untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Dalam kenyataannya, China membantah tindakan mengenakan tarif satu hala secara sebelah pihak sahaja dan berharap pihak Amerika Syarikat dapat bersama menyelesaikan masalah tersebut secara pertemuan dua mata.

Beliau menambah lagi bahawa tiada pemenang dalam perang dagang. Jika Amerika Syarikat berkeras untuk menaikkan kadar tarif, China akan mengambil tindakan balas susulan sepertimana yang pernah berlaku dalam situasi sebelum ini.

Wakil diplomasi perdagangan telah pun berangkat dari Beijing dan lawatan Timbalan Perdana Menteri Liu Hei menunjukkan keikhlasan dan komitmen China dalam usaha untuk menyelesaikan isu perang dagang secara matang.

Dalam pasaran kewangan, matawang dolar AUD dan dolar NZD antara yang dilihat terkesan oleh isu ketegangan perang dagang ini. Manakala, Yen dan Swiss franc mendapat peluang untuk mengukuh berikutan peningkatan pada aliran aset safe-haven.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat