Ini Kesan Ancaman Tarif Amerika Syarikat Terhadap Pasaran Saham Dan Minyak

747

Bursa pasaran China dikejutkan dengan jualan saham oleh pemain pasaran pada hari Rabu berikutan ancaman tarif U.S. ke atas barangan China yang bernilai $ 200 bilion. Situasi ini semakin mendorong dua ekonomi terbesar di dunia hampir ke arah perang perdagangan berskala besar.

Washington mencadangkan tarif tambahan selepas usaha untuk berunding bagi mencapai penyelesaian terhadap pertikaian itu gagal dicapai kata pegawai kanan pentadbiran pada hari Selasa.

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif ke atas barangan bernilai $34 bilion pada hari Jumaat, dan sejurus selepas itu Beijing mengambil tindakan balas terhadap perkara tersebut. Disusuli kejadian tersebut, presiden U.S., Donald Trump memberi amaran bahawa US akan mengenakan tarif ke atas import China bernilai lebih daripada $ 500 bilion, kira-kira jumlah import U.S. dari China tahun lalu.

Menurut pakar ekonomi IHS Markit, perang perdagangan global kini menjadi salah satu risiko yang dapat menghambat pertumbuhan ekonomi dunia dan perdagangan global pada 2018 dan 2019.

Indeks MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 1.1 peratus. Indeks Hang Seng di Hong Kong juga merosot iaitu sebanyak 1.65 peratus dan Indeks Komposit Shanghai turun 1.8 peratus.

S&P 500 dan pasaran hadapan Dow masing-masing turun 0.7 peratus dan 0.8 peratus. KOSPI Korea Selatan jatuh 0.65 peratus dan Nikkei Jepun jatuh 1.4 peratus.

Menurut penganalisis pasaran, pasaran masih tetap sensitif terhadap isu yang berkaitan dengan perdagangan, menyebabkan pelabur perlu berjaga-jaga dengan mengambil kira risiko jangka panjang.

Dalam masa yang sama pertikaian perdagangan dapat menjadi faktor-faktor yang mampu mempengaruhi ekuiti dalam jangka masa panjang.

Hasil bon US 10-tahun jatuh kepada .841 peratus iaitu jatuh daripada paras tertinggi satu minggu lalu yang dicapai pada 2.875 peratus.

Harga minyak juga jatuh selepas US berkata ia akan mempertimbangkan permintaan dari beberapa negara untuk agar mereka dikecualikan daripada sekatan yang bakal dilaksanakan pada bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat