Ini Kesan Dagangan Pasangan Matawang Utama Selepas Fed Turunkan Kadar Faedah Semalam

475

Sesi Asia hari ini melihatkan pergerakan perlahan pasaran selepas kejutan oleh pengumuman kecemasan oleh bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah sehingga 50 mata asas ke paras 1.25%.

Tindakan agresif Fed tersebut dilihat gagal meningkatkan keyakinan pasaran sebaliknya pelabur melihat sebagai isyarat panik di saat ekonomi global sedang berdepan ancaman wabak Coronavirus COVID-19.

Dalam suasana pasaran berisiko, dagangan USD/JPY kembali melonjak dari paras terendah 5 bulan sekitar 109.85 dan bergerak di bawah paras 107.50.

Dagangan pada AUD/USD pula menunjukkan kenaikan selepas data pertumbuhan GDP Q4 Australia mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan. Namun, pengukuhan Aussie terbatas ekoran data PMI perkhidmatan China diterbitkan ke paras rekod terendah iaitu pada 26.5 mata.

Dolar New Zealand pula masih mengekalkan momentum kenaikan berbanding US dolar pada carta NZD/USD namun pergerakan pada sesi Asia dilihat perlahan.

Dagangan EUR/USD pula kembali menyambung kenaikan semula ke paras tertinggi 2 bulan selepas penyusutan US dolar. Data PMI perkhidmatan zon Eropah pada petang ini bakal mempengaruhi pergerakan matawang dolar Euro.

Sementara dagangan GBP/USD dilihat bergelut untuk bergerak di atas paras 1.28000 ekoran kedua-dua matawang Pound Sterling dan US dolar bergerak lemah dalam pasaran.

Manakala pasangan matawang safe-haven USD/JPY pula bergerak lemah di bawah paras 107.500 setelah mencecah paras terendah 5 bulan sekitar 106.850 pada awal sesi Asia bermula pagi ini.

Secara keseluruhan, matawang-matawang utama yang didagangkan kini dijangka akan bergerak lemah ekoran kesan penularan wabak Coronavirus COVID-19. Bank-bank pusat utama dunia yang lain bakal mengikuti jejak langkah Fed untuk menurunkan kadar faedah dan pelonggaran polisi lebih lanjut untuk mengimbangi kestabilan ekonomi negara masing-masing.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat