Ini Kesan Pada Carta AUD/USD Selepas Mesyuarat RBA & FOMC

142

Carta harga pasangan mata wang AUD/USD terus bergerak menyusuri gelora sepanjang minggu ini dengan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dan Federal Reserve (Fed) menjadi tumpuan pelabur.

Ketika RBA lebih dovish dengan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, Fed terus memilih jalan yang lebih agresif dengan mengekalkan kenaikan 75 mata asas untuk mesyuarat kali keempat berturut-turut.

Justeru, pastinya pasaran akan menjangkakan US dolar akan lebih mendominasi dan memberi tekanan terhadap dolar Australia.

Meneliti reaksi harga ketika mesyuarat FOMC awal pagi tadi, harga pada carta AUD/USD yang berlegar di sekitar zon 0.64000 pada mulanya dilihat melonjak ke paras ketinggian 0.64900 untuk catatkan paras tertinggi mingguan.

Namun, tidak menunggu lama, harga kemudiannya menjunam semula hingga 140 pips mencecah sekitar 0.63500 sebelum harga berlegar perlahan pada zon RBS (resistance become support) tersebut sehingga dagangan bersambung pada hari ini (Khamis).

Kejatuhan harga semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut kekal memberi indikasi untuk pergerakan trend bearish buat harga.

Terdapat kenaikan lemah harga di sesi Asia pagi ini sekadar menguji paras 0.63700 pada zon RBS tersebut, namun melantun susut semula dengan jangkaan penurunan lebih rendah bakal diteruskan.

Sasaran terhampir harga adalah sekitar 0.63800 untuk jangkaan penurunan lanjut harga sebelum zon support pada 0.62000 pula bakal menjadi tumpuan berikutnya.

Namun, pelabur walau bagaimanapun tetap berwaspada untuk sebarang kejutan yang boleh berlaku dalam pasaran yang memungkinkan lonjakan semula harga menuju penghujung minggu.

Sekiranya harga melepasi rintangan pada 0.63700, kenaikan bakal diteruskan melepasi halangan MA50 dan memberi isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan harga jika berjaya mengatasi ketinggian yang dicapai ketika reaksi pada mesyuarat FOMC seterusnya akan menuju ke zon rintangan pada 0.65200 yang disentuh pada minggu lalu.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pula akan menjadi tumpuan di penghujung minggu membuatkan pelabur kekal berwaspada untuk gelora yang menanti.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat