Ini Kisah Nenek 96 Tahun Yang Bergelar Jutawan

1,414

Cuba anda bayangkan apakah yang anda akan lakukan ketika sudah bergelar warga emas. Apakah aktivti yang menjadi pilihan anda untuk mengisi masa lapang?

Bersenam di taman rekreasi, berkebun di halaman rumah atau hanya berehat di bilik tidur? Apa yang berlaku terhadap seorang wanita berusia 96 tahun ini adalah sebaliknya!

Ingeborga Mootz dilahirkan pada tahun 1922 di sebuah bandar kecil, Giesen dan berdepan dengan kesempitan hidup yang menimpa rakyat Jerman pada abad ke-20. Dengan harapan untuk melepaskan diri daripada kemiskinan, Ingeborga telah berkahwin pada usia 17 tahun.

Beliau mengimpikan sebuah perubahan yang positif setelah berkahwin dan mendorong kehidupannya ke arah yang lebih baik, namun ianya hanya menjadi realiti selepas 60 tahun kemudian. Apakah yang sebenarnya terjadi?

Ingeborga berdepan dengan kesukaran apabila suaminya tidak mengizinkannya untuk bekerja tetapi beliau tidak pernah mengenal erti putus asa serta meneruskan impiannya untuk memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik. Hakikatnya, beliau pernah menyuarakan hasrat kepada suaminya untuk menjalankan perdagangan di pasaran saham.

Tetapi, tidak pernah menyangka bahawa ianya benar-benar akan menjadi realiti. Oleh yang demikian, Ingeborga terus hidup dalam kemiskinan sehingga suaminya meninggal dunia.

Setelah kematian suami, beliau hilang tempat bergantung dan menjadi seorang balu yang miskin. Namun, dalam setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya!

Ingeborga telah menemui 1000 saham milik suaminya lalu mula melibatkan diri dalam pasaran saham. Inilah permulaan kepada kejayaannya sehingga bergelar jutawan!

Dalam tempoh 8 tahun pertama, Ingeborga berjaya memperolehi keuntungan lebih daripada 500,000 euro.

Sehubungan dengan itu, beliau menjadi terkenal dalam kalangan traders yang mengagumi bakatnya yang berjaya menjana keuntungan tanpa sebarang gajet, trading signals dan internet. Hebat dan aneh, bukan?

Selain itu, Ingeborga telah menulis sebuah buku untuk berkongsi dengan terperinci tentang teknik trading dan bahan-bahan lain yang digunakannya. Pada mulanya, para editor enggan menerbitkan buku tersebut dan menganggapnya sebagai penulisan amatur dan sukar untuk dijual.

Tidak putus asa, beliau telah bertindak menyiarkannya secara atas talian dan mendapat sambutan yang tinggi. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana seorang warga emas yang tidak mempunyai sebarang kelulusan dari universiti dapat menjadi kaya-raya begini. Apakah strategi yang digunakannya?

Ingeborga tidak pernah meletakkan wangnya di mana-mana dana pelaburan atau bank simpanan, sebaliknya hanya membeli dan menjual saham.

Beliau membeli indeks saham DAX-30 (Deutscher Aktienindex) atau M-DAX (Mid Cap Dax). Kemudian beliau akan memilih syarikat yang diasaskan lebih dari tempoh setahun.

Daripada jumlah tersebut, beliau akan mengenal pasti mereka yang telah membuka anak syarikat baru. Segala maklumat yang diperlukan telah diperolehi melalui akhbar pagi. Ingeborga akan membaca ringkasan pasaran saham dan menfokuskan kepada tiga angka utama iaitu harga semasa saham yang dikeluarkan, harga terendah untuk 12 bulan yang lalu dan kadar maksimum untuk tempoh ini.

Jika harga saham sangat rendah, kemungkinan besar syarikat tersebut menghadapi masalah. Tetapi, jika syarikat yang ditubuhkan lebih dari setahun berkemungkinan besar akan menghadapi krisis kewangan yang akan mendorong kepada kenaikan harga saham. Oleh itu, beliau tidak akan membeli saham syarikat yang masih jatuh tetapi akan memeriksa harga saham dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

Justeru itu, beliau akan mengira keuntungan yang dijangkakan dengan menolak kos minimum daripada kos maksimum. Selepas meneliti setiap maklumat, Ingeborga akan menyemak harga saham dan membeli yang paling murah.

Melalui penulisannya dalam ‘Stock Market Detective’ beliau telah mendedahkan setiap strategi dan tips kejayaannya dalam pelaburan! Bukan calang-calang orang mampu melakukannya!

Tuntasnya, masih belum terlambat untuk anda mulakan langkah dalam pelaburan khususnya golongan muda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat