Ini Komen Gabenor BOC Mengenai Kenaikan Inflasi Semasa

325

Gabenor Bank Pusat Kanada (BOC), Tiff Macklem mengatakan gangguan rantaian bekalan global mungkin akan berterusan lebih lama daripada dijangkakan, bermaksud inflasi di Kanada dan negara maju lain mungkin mengambil masa untuk turun semula.

Menurut Macklem, masalah ini akan membebankan prospek pemulihan ekonomi Kanada dalam jangka pendek. Ini bermakna pemulihan yang dicatatkan mungkin tidak secepat seperti yang diharapkan seperti ramalan bank pusat pada Julai.

Masalah gangguan rantaian bekalan global telah menyebabkan harga-harga bahan mentah dan kos pembuatan meningkat tinggi menyebabkan kebanyakan pengeluar produk mengurangkan atau menghentikan pengeluaran mereka.

Tambah Macklem lagi, gangguan rantaian global sebahagian besarnya bersifat sementara tetapi terdapat risiko bahawa beberapa elemen akan berterusan yang bakal memberi kesan kekal pada bekalan.

Bagaimanapun, Macklem dilihat tidak begitu bimbang dengan kenaikan inflasi, dengan mengatakan penyebab kepada peningkatan harga di Kanada agak sedikit.

Setakat ini juga bank pusat tidak melihat bukti inflasi yang berterusan walaupun pertumbuhan upah meningkat sedikit, tetapi ia bukanlah faktor utama kepada inflasi.

Dengan pemulihan yang dijangka melambat, BOC berkemungkinan terus mengekalkan langkah rangsangan semasa seperti Bank Pusat Australia (RBA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat