Ini Komen Penggubal Dasar ECB Mengenai Inflasi

197

Tampaknya tidak semua penggubal polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang berpendapat tekanan harga hanya sementara. Buktinya, Isabel Schnabel berpandangan bahawa terdapat ancaman inflasi yang semakin meningkat.

Schnabel yang juga merupakan penggubal polisi dari Jerman mengatakan bahawa risiko inflasi dilihat semakin cenderung ke atas, meskipun ia akan menurun di bawah sasaran bank pusat sebanyak 2% dalam jangka masa sederhana.

Kenyataan beliau menyusuli kebimbangan pelabur terhadap inflasi, di mana ianya dijangka meningkat lebih tinggi dalam data yang akan dikeluarkan pada minggu depan, dengan kenaikan harga mungkin melonjak hampir 6% di Jerman.

Apabila berbicara mengenai sekatan yang mungkin dilaksanakan susulan lonjakan kes Covid-19 terbaru Jerman, Schnabel mengatakan ia tidak akan menghalang pemulihan di Zon Eropah.

Malah, beliau juga mengatakan bahawa ia tetap munasabah untuk menghentikan pembelian Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) pada Mac tahun depan seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Penamatan PEPP adalah penting kerana ia akan memberi isyarat mengenai berapa lama kenaikan kadar faedah bakal menyusul.

Kenyataan Schnabel secara tidak langsung menunjukkan tidak mustahil bahawa bank pusat akan mempertimbangkan pengetatan, walaupun Presiden Christine Lagarde berulang kali menegaskan kadar faedah akan kekal untuk tempoh lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat