Ini Kripto Berprestasi Terbaik & Terburuk Pada Separuh Tahun Pertama 2024!

420

“Fulamak! Prestasi memecoin la paling menonjol, siapa yang beli mesti sekarang dah untung banyakkan?”

Didedahkan oleh Crypto Koryo, prestasi memecoin adalah terbaik dalam kalangan mata wang kripto setakat ini pada tahun 2024 berbanding DeFi dan token tadbir urus yang dilaporkan berprestasi paling teruk.

Suka dimaklumkan memecoin telah menjadi antara kripto paling berjaya pada tahun ini susulan kebanyakannya menggunung lebih 1,000% pada separuh pertama 2024.

Dalam kategori token berprestasi terbaik di kalangan 200 aset kripto teratas, Mog Coin (MOG), Mantra (OM), Dogwifhat (WIF) dan Arcblock (ABT) adalah aset digital paling menonjol dengan harga masing-masing meningkat lebih 1,000%.

Bukan itu sahaja, Pepe Coin (PEPE), People (PEOPLE) dan Floki Inu (FLOKI) turut mencatatkan keuntungan ketara dalam kalangan memecoin sejak Januari 2024 di mana masing-masing melonjak sebanyak 697%, 545% serta 376%.

Selain memecoin, altcoin seperti Toncoin (TON), Arweave (AR), Near Protocol (NEAR), Binance Coin (BNB), Fetch.ai (FET) dan AIOZ Network (AIOZ) telah menunjukkan prestasi kukuh pada separuh pertama pada tahun ini.

Perlu diketahui kenaikan harga TON mungkin telah dicetuskan oleh beberapa integrasi dan perkongsian merentas ekosistemnya termasuk perkongsian bersama Telegram dan Tether (USDT).

Sebaliknya token seperti Optimism (OP), Arbitrum (ARB), Enjin (ENJ), Terra (LUNA) dan Curve DAO (CRV) didapati berprestasi rendah ekoran mengalami lebih 50% penyusutan sejak awal tahun ini dengan majoritinya adalah token diasaskan daripada projek atau rangkaian DeFi.

Token lain yang termasuk dalam kategori aset digital berprestasi paling teruk mengikut modal pasaran adalah DYDX, MINA, WOO dan Astar (ASTR).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat