Ini Maklumat Penting Untuk Panduan Trader Setakat Petang Ini

64

Momentum positif di Wallstreet berterusan ke pasaran Asia hari ini berikutan kelegaan pasaran terhadap pilihanraya presiden Perancis dan juga keyakinan kepada pemotongan cukai Amerika Syarikat.

Kebanyakan matawang utama didagang dalam keadaan ranging terutamanya Eur/Usd. Namun Dolar Australia dan Dolar N.Zealand baru saja melemah mendadak pukul empat petang tadi.

US dolar pula menguat berterusan sejak Isnin berbanding dolar Kanada disebabkan berita yang mengatakan US akan mengenakan cukai levy sebanyak 20% terhadap import kayu balak negara itu.

Pasaran saham Aisa mengekalkan momentum dari Wallstreet berikutan sentimen pasaran yang semakin baik. Nikkei 225 naik 0.8% dengan Yen melemah berbanding US dolar dan kini didagang di sekitar 110.35. KOSPI juga naik sebanyak 0.6% dengan pemulihan ketegangan politik di semenanjung Korea.

Shanghai Komposit pula naik 0.4% dan Hang Seng naik 0.9% berikutan suntikan kecairan oleh bank pusat China. Selepas risiko politik yang semakin baik di Eropah dengan berakhirnya pilihanraya pusingan pertama, pasaran dapat melihat Bon Kerajaan 10-Tahun Jepun (10 yr JGB) kini didagang semula di atas paras 151.00.

Di UK, Perdana Menteri May dijangka akan menang majoriti 150 kerusi di ‘House of Commons‘ seperti yang dilaporkan oleh Daily Telegraph.

Dalam pasaran komoditi, harga kuprum (copper) naik pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang semakin baik. Emas pula mengalami kerugian sebanyak 0.2% dengan pasaran memindahkan semula pelaburan mereka ke dalam aset yang lebih berisiko. Pasaran minyak mentah global masih lagi didagang di sekitar harga penutup Jumaat lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat