Ini Masa Sesuai Untuk Fed Naikkan Kadar Faedah Menurut IMF!

359

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengatakan bahawa Federal Reserve (Fed) AS perlu mula menaikkan kadar faedahnya pada akhir tahun 2022 atau awal 2023 berikutan peningkatan perbelanjaan kerajaan meletakkan inflasi terus di atas sasaran purata jangka panjang.

Penilaian IMF terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan AS yang dikeluarkan pada hari Khamis, turut menyebut bahawa bank pusat kemungkinan akan mula mengurangkan pembelian aset pada separuh pertama tahun 2022.

Berikutan daripada pemulihan pesat dan jangkaan sokongan fiskal yang berterusan juga, IMF mengunjurkan ekonomi AS berkembang sekitar 7% pada tahun ini, diikuti dengan pertumbuhan 4.9%, 1.9% dan 1.7% pada tahun 2022, 2023 dan 2024.

Tambah IMF, pembukaan semula ekonomi akan mewujudkan ketidakpastian yang cukup besar dalam indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi pada beberapa bulan akan datang, menjadikannya sukar untuk menentukan trend inflasi.

Bagaimanapun, IMF turut meramalkan kenaikan inflasi yang bersifat sementara, dengan kadar kenaikan harga memuncak pada 4.3% dan turun ke sekitar 2.5% pada akhir tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat