Ini Mata wang Yang Berkuasa Pada Sesi Eropah!

324

Indeks dolar kembali mengukuh pada pembukaan sesi Eropah selepas bergelut untuk bertahan pada sesi sebelumnya ketika pelabur bersiap sedia untuk data inflasi Amerika Syarikat pada hujung minggu ini.

Peningkatan ini turut menyusuli kebangkitan semula dalam hasil bon AS 10 tahun yang kembali meningkat di atas paras 3.00%.

Walaupun dengan pengukuhan US dolar, euro kekal bertahan menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis yang dijangka akan menawarkan kenyataan hawkish mengenai kenaikan kadar faedah.

Jangkaan ini memacu euro meningkat ke paras tertinggi 7 tahun berbanding mata wang yen yang terus menderita kerana pendirian dovish Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk kekal dengan dasar yang longgar.

Mata wang yen juga melemah di paras terendah 20 tahun berbanding dolar greenback, apabila data terbaharu menunjukkan ekonomi Jepun menguncup pada kadar tahunan sebanyak 0.5% dalam suku pertama 2022.

Sementara itu, mata wang pound pula kembali mengurangkan keuntungan yang diraih pada sesi sebelum ini untuk didagangkan pada sekitar harga 1.2500 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand turut mencatatkan penyusutan susulan pengukuhan semula US dolar, membawa dolar kiwi ke paras terendah dua minggu manakala Aussie pula satu minggu.

Dolar loonie pula lebih kuat, disokong oleh kekuatan dalam dagangan minyak mentah dunia dan pengetatan dasar yang berterusan oleh Bank Pusat Kanada (BOC) di tengah-tengah ekonomi yang semakin pulih di negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat