Ini Mata Wang Yang Catat Untung Pada Awal Minggu!

630

Permintaan terhadap mata wang berisiko meningkat pada awal minggu di tengah usaha diplomatik yang berterusan untuk mengurangkan ketegangan di Ukraine dan keputusan polisi Bank Pusat China (PBOC).

US dolar didagangkan bercampur-campur berbanding pesaing utamanya pada pembukaan sesi Asia, dengan mata wang yen terus melemah di paras terendah hampir enam tahun berbanding greenback.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar diniagakan sedikit susut pada sekitar harga 98.27.

Dolar Aussie dan kiwi mencatat keuntungan dengan meraih manfaat sebagai mata wang sensitif risiko, selain turut didorong oleh jangkaan untuk dasar monetari yang lebih longgar di China.

Namun, PBOC baru sahaja mengumumkan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah, di mana kadar utama pinjaman (LPR) satu tahun ditetapkan pada 3.7% dan LPR lima tahun pula tidak berubah pada 4.6%.

Rusia masih lagi meneruskan pencerobohannya ke atas Ukraine, yang telah mencetuskan tekanan inflasi dengan kenaikan harga komoditi. Pada masa yang sama, Turki mengatakan Moscow dan Kiev terus bergerak dalam rundingan untuk gencatan senjata.

Sementara itu, pasaran bon terus berwaspada tentang risiko daripada konflik dan pengetatan oleh Federal Reserve (Fed). Hasil bon AS 10 tahun menunjukkan pergerakan mendatar di sekitar paras ketinggian sejak 2019.

Mata wang euro dan pound pula stabil dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada data ekonomi dari Zon Eropah dan UK pada minggu ini yang bakal menjadi penggerak seterusnya kepada kedua-dua mata wang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat