Ini Matawang Yang Mengukuh Semasa Risiko & Perang Perdagangan Global

800

Pasaran sekarang semakin yakin bahawa perang perdagangan global tidak mungkin akan terjadi dalam masa terdekat. Ada beberapa matawawang yang mencapai paras tertinggi di mana pasaran kekal bimbang dengan sentimen semasa.

Amerika Syarikat baru-baru ini mengancam untuk mengenakan tariff import kepada China. Hal ini menambah kebimbangan pasaran terhadap balasan yang bakal diberikan China yang juga dalam bentuk tariff import kepada Amerika.

Kesemua menteri kewangan dari 20 negara kuasa besar dunia bertemu dalam sidang kemuncak G20 pada hari Isnin. Pasaran dijangka akan meneliti hasil daripada mesyuarat tersebut khususnya dalam isu tariff.

Para pelabur sememangnya akan meneliti perkara ini, dan akan melihat bukti awal dalam pasaran matawang tentang gangguan sentimen pasaran di masa akan datang. Sesetengah matawang membuat kenaikan dalam keadaan pasaran yang berisiko, sebagai contoh kejatuhan Dolar Kanada (CAD) dan pengukuhan Yen.

Pasaran yakin dapat menempuhi tariff import yang dikenakan oleh Amerika Syarikat disebabkan pemulihan yang kukuh dalam perdagangan sekaligus memperlihatkan pertumbuhan ekonomi yang dijangka meningkat ke paras tertinggi enam tahun lalu.

Matawang bergerak tenang disebabkan pasaran tidak percaya bahawa Trump akan meneruskan perancangannya yang dilihat sebagai ancaman kepada perdagangan global. Penganalisis pasaran matawang di HSBC, David Bloom percaya US dollar yang lemah lebih baik untuk menyelesaikan masalah defisit perdagangan yang besar.

Dalam Jangka masa pendek, US dolar mungkin melemah, terutamanya terhadap Euro dan Yen. Jika pertumbuhan ekonomi meleset atau mengalami kejatuhan, US dolar sepatutnya mendapat manfaat kerana statusnya sebagai rizab matawang dunia.

 

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat