Ini Mengapa Tuntutan Pengangguran AS Catat Bacaan Lebih Rendah Namun Dijangka Trend Bacaan Akan Meningkat!

356

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas mencatat kejatuhan. Hal ini merupakan tanda yang positif dan menunjukkan pasaran buruh A.S masih kukuh walaupun terdapat tanda-tanda bahawa tuntutan faedah pengangguran akan meningkat.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran awal pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 28 Disember jatuh sebanyak 2,000 kepada angka 222,000 tuntutan berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh. Angka ini tersasar daripada sasaran penganalisis yang menjangkakan tuntutan pengangguran naik kepada 225,000.

Jumlah tuntutan tidak menentu sejak minggu-minggu kebelakangan ini berikutan musim cuti A.S dan akhir tahun. Penelitian purata jangka panjang mencadangkan data tuntutan berkemungkinan akan mengalami sedikit penurunan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Walaupun trend mendasar dalam tuntutan faedah pengangguran menunjukkan trend yang konsisten dengan pasaran buruh yang masih kukuh namun terdapat tanda-tanda kelemahan di bahagian lain seperti kelembapan dalam sektor pengilangan A.S dan pelaburan perniagaan yang kurang baik.

Pakar ekonomi berpendapat bahawa kelemahan dalam sektor pengilangan dan pelaburan adalah disebabkan ketidakpastian dalam hubungan perdagangan antara A.S dan China.

Pada bulan November, kadar pengganguran A.S telah jatuh ke paras terendah 50 tahun lalu iaitu pada 3.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat