Ini Mungkin Berita Baik Untuk Pound, Tapi Tidak Buat Rakyat UK

172

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey memberi amaran bahawa bank pusat itu mungkin perlu mempertimbangkan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi pada mesyuarat akan datang.

Walaupun rancangan untuk pelaksanaan cukai dibatalkan pada Jumaat, Bailey berkata rangsangan tambahan yang diberikan dalam belanjawan mini bulan lepas akan meningkatkan inflasi dan memaksa bank untuk bertindak.

Pembatalan cukai tersebut turut menyaksikan Kwasi Kwarteng dipecat daripada jawatan menteri kewangan yang kemudiannya digantikan oleh Jeremy Hunt.

Jeremy Hunt telah mengesahkan kerajaan akan membentangkan belanjawannya pada 31 Oktober, sementara pada 3 November pula keputusan dasar monetari oleh BOE bakal diputuskan.

Bailey berkata perang Rusia di Ukraine telah mengakibatkan UK dilanda kejutan lebih besar berbanding semasa krisis minyak pada 1970-an.

Oleh itu, keputusan kerajaan untuk melindungi isi rumah dan perniagaan dengan mengenakan had harga pada bil tenaga adalah boleh difahami.

Meskipun begitu, beliau mengatakan had harga akan menambah tekanan inflasi berikutan permintaan yang meningkat.

Sebelum ini, bank pusat itu menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.25% pada September, dan amaran Bailey telah meningkatkan spekulasi untuk kenaikan 75 mata atau 100 mata asas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat