Ini Mungkin Bukan Berita Baik Untuk Anda Yang Menantikan Vaksin Covid-19

1,111

Syarikat farmaseutikal, Moderna Inc tidak akan memohon kebenaran penggunaan kecemasan untuk vaksin Covid-19 yang dibangunkannya sebelum pilihan raya presiden AS pada 3 November, kata ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Stephane Bancel yang bercakap kepada Financial Times, memberitahu bahawa syarikat itu tidak akan bersedia untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) sebelum 25 November.

Hal ini kerana, Moderna perlu memastikan keselamatan vaksin tersebut terlebih dahulu dan mempunyai data yang cukup untuk mendapatkan keizinan penggunaan kecemasan.

Firma itu juga tidak mengharapkan untuk mendapatkan kelulusan sepenuhnya daripada FDA untuk mengedarkan vaksin itu kepada semua penduduk Amerika sehingga akhir Januari 2021 dan jika ia terbukti selamat serta berkesan, kelulusan mungkin diperoleh sekurang-kurangnya pada akhir bulan Mac atau April.

Moderna adalah antara pelopor utama dalam perlumbaan untuk vaksin Covid-19, selain Pfizer. Ramalan Bancel mengenai bila vaksin Moderna akan tersedia mungkin bertentangan dengan Presiden Donald Trump yang mengatakan vaksin sudah siap untuk diedarkan pada awal Oktober.

Sementara Pfizer yang juga menjanjikan vaksin berpotensi, memberitahu bahawa ia masih di peringkat akhir ujian klinikal dan ketua pegawai eksekutifnya, Albert Bourla mengatakan bahawa ia akan mempunyai jawapan mengenai keberkesanan vaksin tersebut pada akhir Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat