Ini Nasib Yang Diterima US Dolar Dalam Sesi Eropah

620

US dolar terus melemah di sekitar paras terendah satu minggu berbanding pesaing utamanya, seiring dengan penurunan dalam hasil perbendaharaan AS dan sentimen pasaran yang meningkat.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diniagakan rendah pada 90.76.

Presiden AS Joe Biden dan Demokrat terus berusaha untuk meluluskan dan membincangkan perincian mengenai rancangan rangsangan fiskal yang dijangka akan dilancarkan pada Februari nanti.

Dolar greenback terus susut lebih rendah berbanding matawang yen Jepun, setelah meningkat mencecah paras harga 105.76 pada hujung minggu lalu untuk pertama kali sejak Oktober 2020.

Sementara itu, matawang pound terus meraih pengukuhan dengan didagangkan di paras ketinggian terbaru sejak April 2018, disokong oleh prospek terhadap pemulihan yang meningkat susulan kempen vaksinasi yang meluas di UK.

Walaupun dengan ketidakpastian mengenai Brexit yang kembali meningkat, pasaran tetap lebih menfokuskan kepada dua perkara, iaitu UK sebagai pelopor utama dalam kempen vaksinasi dan juga Bank of England (BOE) telah menolak idea untuk melaksanakan kadar negatif.

Dalam pada itu, matawang euro terus menokok lebih tinggi dengan mensasarkan paras harga 1.21000, di tengah-tengah kebimbangan Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai risiko yang menimpa ekonomi Zon Eropah.

Di sisi lain, matawang komoditi terus mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah, disokong oleh kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat