Ini Nasihat JPMorgan Buat Pelabur, Siap Sedia Dengan ‘Taufan’ Ekonomi!

16,436

Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase, Jamie Dimon memberi amaran untuk bersedia dengan ‘taufan’ ekonomi yang disebabkan oleh kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan perang di Ukraine.

Bercakap dalam persidangan kewangan di New York pada Isnin, Dimon memberitahu bahawa beliau sedang mempersiapkan bank terbesar di Amerika Syarikat itu untuk menghadapi bencana tersebut dan menasihatkan pelabur untuk melakukan perkara yang sama.

Tambah beliau lagi, walaupun keadaan kelihatan baik pada masa ini, tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan sama ada taufan yang akan melanda itu adalah kecil atau besar.

“Jadi, lebih baik anda bersiap sedia,” katanya kepada para penganalisis dan pelabur.

Dimon mendakwa bahawa ekonomi telah ‘diputarbelitkan’ oleh inflasi. Beliau juga bimbang bahawa Fed telah mula melepaskan portfolio bonnya, satu proses yang dikenali sebagai pengetatan kuantitaif dan pada masa sama ia meningkatkan kadar faedah.

“Langkah itu merupakan sesuatu yang pasaran tidak bersedia untuknya,” ujar Dimon.

Bagaimanapun, Fed tidak mempunyai cara lain dan bank pusat perlu menaikkan kadar kerana harga perumahan melonjak dan terdapat tekanan inflasi yang lain.

Faktor besar lain yang membuatkan Dimon bimbang adalah perang di Ukraine dan kesannya terhadap komoditi, termasuk makanan dan bahan api. Beliau meramalkan harga minyak mentah boleh melonjak setinggi $150 hingga $175 setong sekiranya krisis ini berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat