Ini Nasihat Warren Buffet Kalau Ingin Melabur Saham Semasa Wabak Koronavirus Yang Semakin Membimbangkan!

871

Terbaru, China melaporkan pengurangan dalam peningkatan kes jangkitan coronavirus dengan tambahan 409 kes baru dan 150 kematian setakat 23 Februari, menjadikan jumlah setakat ini mencecah 79,356 dengan angka kematian sebanyak 2,619.

Walaupun kes di China mula menunjukkan tanda-tanda keredaan, namun sentimen pasaran masih berisiko ekoran penularan yang semakin meluas di beberapa negara di luar China.

Korea Selatan mencatat peningkatan mendadak dalam jumlah kes coronavirus di mana kini telah mencecah 833 orang dengan angka kematian meningkat kepada 7 orang, manakala Iran dengan 43 kes dan menyebabkan 8 kematian, manakala Itali pula mencatat 152 kes.

Peningkatan yang drastik dalam kes wabak koronavirus yang dilaporkan telah mencetuskan situasi panik dalam pasaran. Pada hari ini saham global jatuh selepas jumlah kes virus di luar China melonjak pada hujung minggu terutama di Itali, Korea Selatan dan Iran.

Dow Jones Industrial Average DJIA, -0.78% dijangka akan dibuka rendah dengan 740 mata lebih rendah. Saham Eropah jatuh menjunam dalam dagangan awal, dengan FTSE MIB I945 catat kejatuhan sebanyak -4.87%.

Dalam situasi yang sedang dihadapi oleh pasaran pada ketika ini, Warren Buffet telah memberi tip kepada pemain pasaran dalam temubualnya dengan CNBC pada harini. Warren Buffet memberitahu para pelabur agar tidak membeli atau menjual stok saham dengan hanya berdasarkan kepada berita utama akhbar mahupun di media massa.

Persoalan yang harus ditanyakan oleh para pelabur ialah Adakah prospek perniagaan Amerika pada 10 atau 20 tahun akan datang akan berubah dalam 24 atau 48 jam?

Dalam masa yang sama, Buffet juga mengatakan bahawa untuk tahun-tahun mendatang, ekuiti akan mengatasi prestasi bon berikutan kadar cukai yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat