Ini Pandangan Jerome Powell Mengenai Kadar Faedah Dan Prospek Ekonomi AS!

513

Pengerusi Federal Reserve (the Fed) telah mengeluarkan kenyataan dalam di Kongres pada hari Rabu bahawa the Fed dilihat tidak akan melakukan apa-apa perubahan terhadap kadar faedah dalam masa terdekat ini berikutan ekonomi A.S masih berada pada landasan yang tepat.

Dalam penerangan yang diutarakan beliau , Powell kembali menegaskan kenyataan beliau pada beberapa minggu lepas bahawa tindakan yang dilakukan the Fed pada tahun yang kearah pelonggaran monetari polisi telah berjaya menjana ekonomi untuk terus bertumbuh.

Tambah beliau, “Kami melihat pendirian terhadap dasar monetari berkemungkinan akan kekal ketika ini selagi ekonomi masih konsisten dengan pertumbuhan ekonomi yang sederhana, pasaran buruh yang kukuh dan infilasi yang berhampiran pada paras 2%.

Pada tahun ini, the Fed telah menurunkan kadar faedah sebanyak 3 kali sehingga paras sasaran itu antara 1.5% ke 1.75%. Powell juga mengatakan bahawa ekonomi berada dalam keadaan “baik” dan kelihatan tidak memerlukan lebih rangsangan jika data masih kekal konsisten.

Setakat ini ekonomi A.S berkembang dengan baik, pasaran buruh juga berada dalam peringkat yang kukuh dan inflasi semakin menghampiri sasaran 2 peratus. Semua indikasi ini menunjukkan perubahan polisi telah berjaya membuahkan hasil. – Powell.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat