Ini Pandangan Naib Presiden Fed Terhadap Kadar Faedah & Prospek Ekonomi 2020!

434

Pada hari ini Naib Presiden the Fed Richard Clarida telah mengutarakan pandangan beliau terhadap ekonomi A.S pada 2020 dan pengurangan kadar faedah.

Beliau telah memberi pandangan yang optimis terhadap ekonomi A.S pada tahun 2020 dan dalam masa yang sama beliau mengatakan bahawa tindakan pemotongan kadar faedah pada tahun lepas adalah tepat pada waktu. Dalam masa yang sama juga beliau mengatakan monetari polisi yang akan diterapkan pada tahun baru ini adalah sangat sesuai.

Walaupun kadar pengangguran berada pada paras terendah 50 tahun lalu, pasaran buruh juga masih kukuh namun ia belum mampu mendorong kepada peningkatan kadar inflasi. Namun beliau menjangkakan bahawa kadar inflasi akan perlahan-lahan meningkat kepada paras sasaran yang ditetapkan the Fed iaitu 2%. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Clarida di New York pada hari Khamis.

Menurut Clarida, beliau percaya bahawa dasar monetari yang diterapkan oleh The Fed adalah baik dan mampu mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan,pasaran buruh yang kukuh dan sehingga kepada pendorongan pencapaian matlamat kadar inflasi iaitu 2%.

Tambah beliau selagi data ekonomi masih tetap konsisten maka pandangan beliau ini masih berlaku. Dalam masa yang sama pengamalan dasar monetari yang diamalkan masih sesuai dengan keadaan semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat