Ini Pandangan Terkini Setiausaha Perdagangan AS Mengenai Perjanjian Perdagangan AS-China !

222

Pada hari ini, setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross telah tampil memberi kenyataan mengenai perhubungan dagangan AS-China bahawa urusan rundingan perdagangan tidak perlu dimuktamadkan pada bulan hadapan walaupun Presiden Donald Trump mengatakan bahawa beliau ingin menandatangani perjanjian apabila dengan delegasi China pada sidang kemuncak APEC bulan November.

Kata Wilbur Ross, ia ialah tentang mementerai perjanjian yang tepat dan ia tidak mesti harus dilaksanakan pada bulan November.

Pada 11 Oktober yang lepas Trump telah mengumumkan perjanjian perdagangan “fasa pertama” di White House bersama Naib Perdana Menteri China, Liu He susulan dua hari perbincangan di Washington.

Perjanjian fasa pertama tersebut menatijahkan kepada penangguhan tarif tambahan sebanyak $250 bilion barangan import China yang sepatutnya akan mula dilaksanakan pada 15 Oktober.

Tindakan tersebut adalah sebagai balasan kepada China untuk membeli produk pertanian AS yang bernilai $40 hingga $50 bilion setiap tahun. Bagaimanapun, isu tarif yang akan mula dilaksanakan ke atas China pada Disember ini pula tidak disentuh dalam perjanjian ini.

Trump mengatakan bahawa beliau akan menantadangani perjanjian yang berikut ketika bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dalam sidang kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang akan diadakan pada pertengahan November di Santiago.

Walaubagaimanapun menurut Ross, yang paling utama ialah memastikan butiran perjanjian adalah memenuhi matlamat. Jika ia menepati matlamat maka baru pernjanjian tersebut akan dipersetujui.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat