Ini Pelabur Perlu Tahu Sebelum Mulakan Dagangan Awal Minggu

599

Selepas mengharungi minggu yang berliku, persoalan yang bermain di minda para pemain pasaran terjawab apabila kebanyakan bank-bank pusat sudah mula menunjukkan peralihan ke arah fasa pengetatan dasar pada mesyuarat yang berlangsung sepanjang minggu lalu.

Dengan tekanan inflasi yang meningkat, Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE) dilihat menjadi tumpuan dengan mempercepatkan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) dan juga kenaikan kadar faedah.

Walaupun US dolar menunjukkan penyusutan selepas mesyuarat FOMC yang hawkish, namun pengukuhan raja mata wang itu diperlihatkan semula pada penutup dagangan minggu lalu yang dijangka akan bersambung pada awal minggu ini.

Penganalisis melihat sentimen berisiko pasaran dengan isu varian coronavirus Omicron yang mula mencatatkan kes kematian telah mendorong pelabur untuk beralih daripada pelaburan berisiko kepada aset yang lebih selamat.

Justeru, US dolar sebagai mata wang safe-haven kembali mendapat permintaan sementara mata wang berpulangan tinggi seperti dolar Aussie dan New Zealand kembali menerima tekanan semula setelah pamer prestasi cemerlang sejak awal minggu lalu.

Mata wang Eropah Pound dan Euro turut kembali susut semula selepas berjaya mengukuh berbanding US dolar, gagal untuk meneruskan momentum pengukuhan yang didorong oleh keputusan hawkish pada mesyuarat bank pusat.

Dolar Kanada catat kejatuhan terendah 3 minggu berbanding US dolar ekoran terkesan akibat kebimbangan permintaan minyak mentah selepas penularan Omicron telah mencetuskan ketidaktentuan pasaran global.

Pelabur komoditi emas pula berpuas hati dengan situasi lonjakan semula nilai logam kuning berharga itu yang berjaya melepasi paras penting $1,800 per auns pada minggu lalu. Namun, penutup dagangan minggu lalu melihatkan harga sedikit susut sedikit rendah di bawah paras $1,800.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat