Ini Pendapat Ahli The Fed Yang Berucap Sepanjang Minggu Ini

46

Presiden Federal Reserve cawangan St. Louis James Bullard pada Jumaat mengatakan, dia ‘okay’ dengan kenaikan kedua kadar faedah tahun ini dan menegaskan bahawa The Fed tidak memerlukan banyak kenaikan untuk mengawal inflasi.

“Satu kenaikan atau dua bukanlah isunya,” kata Bullard di Memphis. Bullard ketika ini berkata hanya meramalkan satu kenaikan tahun ini, tetapi tidak akan menentang kenaikan ketiga, jika ada.

Sebelum ini Fed Evans mengatakan pada Isnin, “Tiga kenaikan adalah tak mustahil,” kata beliau kepada Fox Business Network TV. “Saya semakin yakin dengan ekonomi di masa hadapan dan akan menyokong tiga kenaikan kadar tahun ini. Jika inflasi mula meningkat, ia adalah tanda pengukuhan. Kenaikan boleh jadi dua, atau tiga atau empat jika inflasi benar-benar meningkat.”

Manakala Presiden Fed Kansas City, Esther George berkata pada Selasa bahawa Fed sedang menilai peluang untuk mengurangkan sebahagian daripada rangsangan monetari yang telah diberikan kepada ekonomi AS. Menurut George, Fed perlu berhati-hati dalam mengetatkan dasar, namun perlu juga bertindak bijak agar ekonomi tidak menjadi terlalu overheat. Disamping itu, dia juga berpendapat bahawa segala tindakan dan percaturan Fed memerlukan banyak perbincangan dan analisis.

Kaplan pula iaitu Presiden Federal Reserve cawangan Dallas pada Rabu mengatakan, dengan sektor pekerjaan Amerika yang menghampiri gunatenaga penuh (full-employment) dan inflasi 2 peratus, The Fed perlu menaikkan kadarnya dua kali lagi tahun ini dan terus berusaha mengurangkan defisit penyata imbangannya.

Presiden Fed San Francisco, John Williams berkata pada Khamis bahawa keadaan ekonomi semasa dinilai sedang berada di tahap yang baik. Beliau juga berpendapat bahawa bank pusat Amerika Syarikat perlu terus menaikkan kadar secepat mungkin ataupun lebih cepat daripada isyarat awal. Menurut Williams, tiga atau empat kali jumlah kenaikan dianggap masuk akal setelah menilai keadaan ekonomi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat