Ini Pengumuman Penting Buat Semua Pemegang Unit ASNB!

1,140

Berikutan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, kebanyakan institusi mula memperkenalkan pelbagai kemudahan secara atas talian bagi memudahkan orang ramai menjalankan apa-apa urusan hanya dari rumah.

Tidak ketinggalan, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada hari ini telah menyediakan sebuah kemudahan bagi para pelanggannya untuk mengeluarkan pelaburan mereka secara atas talian khusus bagi unit amanah terpilih di bawah pengurusannya. Kemudahan tersebut boleh didapati di portal rasmi myASNB.

Berdasarkan sebuah kenyataan, kemudahan berkenaan membolehkan para pemegang unit untuk mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5. Seterusnya, jumlah pengeluaran itu akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya.

Jumlah pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM100 bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, kemudahan yang disediakan ini terhad kepada 3 kali transaksi pada setiap bulan dengan jumlah pengeluaran maksimum sebanyak RM500 daripada mana-mana akaun ASNB pelabur.

Untuk pengetahuan semua, kemudahan ini disediakan melalui aplikasi pintar myASNB bermula pada 27 April 2020. Sebarang maklumat lanjut, para pemegang unit boleh mendapatkan panduan di laman sesawang www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat