Ini Penyebab US Dolar Jatuh Mendadak Sejak 9.30 Malam Tadi

132

Satu data penting dari US dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi, iaitu data ‘Core PCE Price Index m/m’. Data ini mengira perubahan harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna kecuali makanan dan tenaga (minyak petrol dll).

Data ini hanya mencatatkan kenaikan 0.1% yang sama dengan bacaan bulan sebelum, dengan bacaan dari tahun ke tahun mencatatkan kenaikan 1.7% tidak berubah dari bacaan November. Bacaan kali ini sejajar dengan jangkaan pasaran.

Bacaan tahunan bagi data ini dilihat hanya bergerak dalam kadar 1.6%-1.8% sejak lapan bulan lalu dan tiada isyarat yang lebih meyakinkan dalam tempoh ini. Kadar ini masih lagi berada di bawah sasaran The Fed sebanyak 2.0%.

The Fed dilihat, akan lebih yakin untuk mengetatkan polisi jika data berada di sekitar 2.0% dan data kali ini masih belum dapat meyakinkan ahli FOMC untuk mengetatkan polisi minggu ini. Secara keseluruhan, data kali ini agak mengecewakan dengan tiada perubahan ke arah positif sebentar tadi.

Sejurus data ini dikeluarkan, US dolar melemah berbanding kesemua matawang utama dunia yang lain kecuali Pound. Eur/Usd telah mencatatkan kenaikan 70 pip sejak data dikeluarkan, Usd/Jpy jatuh hampir 90 pip, manakala Usd/Cad jatuh 75 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat