Ini Pergerakan Logam Emas Menuju Hujung Minggu

626

Harga emas turun pada sesi Asia, gagal mengekalkan kenaikan yang diraih susulan bacaan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang mengecewakan jangkaan pasaran.

Spot emas sedikit susut dengan diniagakan di sekitar harga $1,802 per auns, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan merosot pada $1,803 per auns.

Pada sesi New York, harga emas telah menyusut ke paras terendah lebih satu minggu sebelum melantun semula di atas paras harga $1,800 per auns.

Jumlah faedah pengangguran mingguan AS melonjak lebih tinggi daripada jangkaan untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan meningkat kepada 419,000 pada minggu lalu, iaitu tahap tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Dagangan US dolar yang pada mulanya terjejas ekoran daripada pembacaan mengecewakan ini, kembali menunjukkan peningkatan berbanding kebanyakan matawang utama pada sesi Asia

Penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Eropah dan AS akan menjadi tumpuan utama pasaran pada hari ini, bagi mendapat kejelasan mengenai pertumbuhan ekonomi semasa dalam berdepan ancaman varian virus Delta.

Amerika telah mula merasai impak daripada penularan varian ini, yang telah menyaksikan peningkatan di kawasan-kawasan yang belum menerima vaksin. Hal ini mungkin boleh menyekat Federal Reserve (Fed) untuk melakukan pengetatan dasar lebih awal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat