Ini Pergerakan Matawang Menjelang Ucapan Jerome Powell Pada Hari Ini!

695

Matawang US dolar didagangkan kukuh dalam sesi dagangan Eropah pada hari ini menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell di Jackson Hole hari ini. Mesyuarat Jackson Hole adalah simposium tahunan bank-bank pusat dari seluruh dunia, yang diadakan di kawasan pergunungan Jackson Hole, Wyoming.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama mula didagangkan kukuh dengan peningkatan sebanyak 0.20% pada paras 98.23 setakat jam 8.30 p.m. US dolar juga didagangkan kukuh berbanding matawang safe haven iaitu yen dan swiss franc.

Disisi lain matawang yuan, chinese susut keparas terendah 11 tahun untuk dua hari berturut-turut manakala matawang sterling masih berada dalam posisi beli selepas mencatat pengukuhan susulan komen Angela Merkel.

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat bahawa Powell sedang berhadapan dengan tekanan politik daripada Rumah Putih terutamanya daripada Trump agar memotong kadar faedah secara agresif. Trump mengatakan bahawa potongan kadar faedah sebanyak 100 mata asas adalah kadar yang ideal.

Data pembuatan di beberapa negara seperti China, Japan, Eropah dan kini AS juga telah mencatat pertumbuhan yang perlahan. Indek tempahan pengurus (PMI) AS telah jatuh dibawah paras 50 buat pertama kali dalam bulan Ogos. Walaubagaimanapun, permintaan domestik AS masih lagi kukuh dan ini menunjukkan sektor runcit AS kekal kukuh. ini menjadi salah satu alasan yang dapat dipertimbangkan bahawa tidak perlu potongan kadar faedah.

Baru-baru ini, Esther George yang merupakan Presiden the Fed cawangan Kansas dan Presiden Federal Reserve cawangan Philadelphia, Patrick Harker memiliki pandangan yang senada iaitu tidak perlunya potongan kadar faedah pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat