Ini Pergerakan Matawang Pada Hari Terakhir Dagangan 2021

436

Menuju penutup dagangan akhir 2021, risiko dalam pasaran semakin meningkat dengan memaparkan volatiliti harga yang tinggi.

Kebanyakan mata wang utama kekal didagangkan di sekitar harga yang sama, melihatkan indeks dolar terus lemah di bawah paras 96.00 berbanding pesaing utamanya pada sesi Asia.

Penularan coronavirus terus meningkat sehingga mencecah rekod tertinggi, terutamanya di Eropah. Itali melaporkan sebanyak 126,000 kes baharu, manakala Sepanyol pula 161,000 kes.

Mata wang euro kembali didagangkan pada 1.13200, sementara dagangan pound sterling pula terus bertahan pada tahap tertinggi untuk bulan ini pada 1.3500 berbanding dolar greenback.

Sementara itu, dolar Kanada adalah antara mata wang yang paling kukuh selepas pasangan mata wang USD/CAD jatuh ke sekitar paras harga 1.2740, iaitu terendah dalam tempoh dua minggu.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie masih mengekalkan keuntungan di paras ketinggian lima minggu dan dolar kiwi pula menguat di tahap tertinggi empat minggu berbanding greenback.

Dalam pada itu, dagangan safe-haven yen terus suram di paras terendah satu bulan berbanding US dolar pada sekitar harga 115.00.

Walau bagaimanapun, pelabur masih berhati-hati sekiranya berlaku aktiviti pengambilan untung menjelang penutup dagangan hujung tahun pada sesi New York nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat