Ini Pergerakan Semasa Harga Minyak Setelah Kejutan Minggu Lalu

424

Komoditi hitam didagangkan meningkat pada sesi Asia, ketika para pedagang menilai kembalinya pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat yang sebelum ini terpaksa dihentikan akibat cuaca sejuk melampau di Texas minggu lalu.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent naik 68 sen kepada $62.82 setong, sementara WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat 55 sen pada $59.82 setong.

Cuaca sejuk yang tidak normal di Texas dan kawasan sekitarnya memaksa penghentian pengeluaran minyak mentah sehingga mengakibatkan kira-kira 4 juta tong sehari minyak telah terjejas, menurut anggaran dari penganalisis.

Pengeluar termasuk Marathon Oil Corp dilaporkan telah mula menggunakan bekalan tenaga yang dipulihkan untuk memulakan semula output pada hari Jumaat lalu.

Sementara itu, pertemuan bulanan OPEC+ yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan, dijangka akan menyaksikan negara-negara pengeluar akan mempertimbangkan untuk menambah pengeluaran minyak mentah pada bulan April, memandangkan harga telah kembali stabil.

Dagangan emas hitam telah melonjak lebih 20% pada tahun ini setelah Arab Saudi berjanji pada bulan lalu untuk meningkatkan pengurangan dalam pengeluarannya secara sukarela, selain turut disokong oleh langkah vaksinasi yang semakin meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat