Ini Pergerakan Terkini Matawang Sebelum Pengumuman The Fed!

1,124

US dolar didagangkan lebih tinggi pada hari Rabu dengan menunjukkan lonjakan hampir kepada paras kemuncak baru-baru ini berbanding matawang euro dan yen menjelang pengumuman dari Rizab Persekutuan A.S (the Fed) dalam pelonggaran ransangan kewangan dan indikasi daripada Jerome Powell mengenai inflasi.

The Fed akan mengeluarkan kenyataan yang berkemungkinan akan memulakan pengurangan program pembelian aset yang bernilai $120 bilion sebulan pada jam 2 pagi nanti.

Menurut penganalisis matawang di TD Securities, “pasaran akan memberi perhatian sebarang indikasi mengenai pengurangan pembelian bon dan sebarang tanda lonjakan inflasi’.Sebarang isyarat bahawa Powell terbuka untuk bertindak balas dengan kenaikan kadar kepada inflasi, jika keadaan ia bersifat sementara maka ia akan mempengaruhi US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mengukuh sebanyak 0.27% kepada paras dagangan 94.135 sebelum susut kepada 94.112.

Disisi lain. bank pusat Eropah, Christine Lagarde berkata kenaikan kadar faedah pada 2022 adalah sukar kerana inflasi akan berada pada paras rendah, menyebabkan hasil bon kerajaan lebih rendah.

Matawang Euro mengalami pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.06% kepada paras dagangan 1.1583.

Pengumuman the Fed akan diadakan selepas mesyuarat Reserve Bank of Australia pada hari Selasa dan ECB pada Rabu lepas, yang kedua-duanya mengeluarkan nada yang dovish. Pasaran bimbang hal yang sama akan berlaku pada pengumuman nanti dan akan menganggu pasaran bon.

Penganalisis melontarkan persoalan kepada pasaran bahawa persoalan utama setakat ini ialah tentang sejauh mana keberkesanan kenaikan kadar faedah dalam mengawal inflasi, terutamanya didorong oleh isu rantaian bekalan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat