Ini Perkara Penting Perlu Diketahui ‘Trader’ Menjelang Keputusan Polisi BoC!

344

Bank of Canada (BoC) dijangka untuk mengekalkan kadar semalaman pada hari Rabu dan dalam masa yang sama berkongsikan ramalan inflasi dan pertumbuhan baru yang sepatutnya memberikan wawasan kepada pandangan bank pusat mengenai bila kos pinjaman mungkin akan mula dilonggarkan.

Jawatankuasa pemerintahan BoC telah mengekalkan kadar pada tiga mesyuarat dasar berturut-turut selepas menaikkan pada bulan Julai ke paras tertinggi dalam 22 tahun pada 5.0%. Inflasi tahunan pada Disember adalah 3.4%, masih lebih tinggi daripada sasaran 2% bank pusat namun kekal di bawah paras puncak 8.1% pada Jun 2022.

“Tidak dapat dinafikan bahawa telah terdapat kemajuan dalam menurunkan inflasi, waima begitu, jelas bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk kembali ke paras 2%,” kata Benjamin Reitzes, pengarah pengurusan dan pakar strategi makro di BMO Capital Markets.

Pengurangan kadar sangat mungkin berlaku pada 2024, namun Bank of Canada akan tetap menanti memerhatikan inflasi dan jangkaan inflasi untuk susut lebih jauh,” tambahnya.

Pemain pasaran mengharapkan pengurangan 25 mata asas pada bulan Jun setelah menangguhkan pertaruhan pengurangan pada bulan April selepas  data inflasi Disember, yang meningkat dari November.

BoC akan mengekalkan kadar pada hari Rabu dan pada mesyuarat seterusnya pada bulan Mac, berdasarkan undian Reuters terhadap 34 ahli ekonomi. Dalam tinjauan yang sama, 12 pengananlisis meramalkan bahawa pengurangan kadar pertama sejak Mac 2020 akan datang pada bulan April, manakala kira-kira dua pertiga menjangkakan satu pada bulan Jun.

Walaupun inflasi telah mengekalkan kadar faedah, pertumbuhan ekonomi telah perlahan, dan beberapa ahli ekonomi memberi amaran bahawa kadar faedah harus diturunkan dalam jangka singkat untuk mengelakkan kemerosotan yang lebih teruk.

BoC, dalam jangkaan terkini pada bulan Oktober, berkata ia mengharapkan inflasi kembali ke sasaran 2% menjelang akhir 2025 dan meramalkan pertumbuhan tahunan sebanyak 0.8% dalam suku ketiga dan keempat tahun lalu.

Sementara mengekalkan kadar, BoC setakat ini masih mengekalkan bahasa dalam pengumuman dasar yang mengatakan mereka “bersedia untuk menaikkan kadar faedah dasar lebih jauh jika diperlukan.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat